More

    ASUS Vivobook 16 (M1605) dilancar di Malaysia: Komputer riba 16″, rekaan kompak bermula RM2,599

    ASUS Malaysia telah melancarkan komputer riba multimedia terbaru dalam siri Vivobook iaitu ASUS Vivobook 16 (M1605). Komputer riba ini menampilkan skrin berukuran 16 inci dengan nisbah aspek 16:10, menyediakan ruang skrin lebih besar sebanyak 10% berbanding skrin 16:9.

    Skrinnya mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 86.5 peratus untuk sempadan bezel yang nipis, serta pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pancaran cahaya biru yang tidak menyakitkan mata pengguna. Selain itu, skrin ini juga boleh dibuka rata sehingga 180° pada engsel komputer.

    Rekaannya ditampilkan dengan pilihan warna kelabu atau perak, serta mendapat pengiktirafan tahan lasak MIL-STD-810H untuk ketahanan yang tinggi. Sebagai sebuah komputer yang mudah dibawa, ia mempunyai berat 1.8kg sahaja dan mudah untuk dimasukkan ke dalam beg.

    Ia turut menawarkan pelbagai port seperti satu USB-C 3.2 Gen 1 dengan Power Delivery, dua port USB-A 3.2 Gen 1, satu port USB 2.0, satu port HDMI 1.4 dan bicu audio 3.5mm.

    Di atas skrin, ia mempunyai kamera webcam HD dengan penutup fizikal untuk privasi pengguna. Sewaktu membuat panggilan video, komputer ini mempunyai teknologi ASUS 3DNR untuk kualiti rakaman video yang tinggi dan AI Noise-Cancelling untuk rakaman suara yang lebih jelas.

    Untuk spesifikasi dalaman, komputer ini boleh dilengkapi dengan siri cipset AMD Ryzen 7000, RAM sehingga 16GB dan storan SSD sehingga 512GB. Ia turut mempunyai kipas IceBlade untuk mengawal suhu dalaman komputer pada tahap yang optimum.

    Baterinya berkapasiti 42Wh, manakala untuk hubungan internet wayarles pula, ia menyokong hubungan WiFi 6E untuk kelajuan internet pantas.

    ASUS Vivobook 16 (M1605) akan ditawarkan dalam dua varian di Malaysia iaitu:

    "
    "
    • Ryzen 5 7530U, RAM 8GB: RM2,599
    • Ryzen 7 7730U, RAM 16GB: RM2,999

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...