More

    Kempen Jom 5G Familiku CelcomDigi: Tawarkan penjimatan pada pelan pascabayar dan prabayar 5G

    CelcomDigi Berhad telah melancarkan kempen “Jom 5G Familiku” yang menawarkan pelbagai promosi dan tawaran pakej peranti pascabayar, prabayar dan 5G sehingga 30 November 2023.

    Kempen ini menawarkan:

    • Telefon 5G mampu milik: Pelanggan boleh memilih daripada rangkaian telefon 5G dengan harga bulanan serendah RM70 seperti Samsung Galaxy M14 5G, HONOR 90 Lite 5G, OPPO A78 5G dan vivo Y36 5G, disertakan dengan pelan pascabayar Digi Postpaid dan Xpax sehingga 110GB Internet 5G & 4G.
    • Tawaran iPhone: Pelanggan boleh memiliki iPhone terbaharu dengan bayaran pendahuluan RM0 dan faedah 0% melalui pelan pembiayaan peranti Celcom EasyPhone dan Digi PhoneFreedom 365, bermula dari serendah RM86 sebulan.
    • Internet dipertingkat: Pengguna Celcom dan Digi Postpaid yang mengaktifkan 5G Boosters mereka boleh menikmati sehingga internet tambahan 90GB Internet tambahan, boleh digunakan pada kedua-dua rangkaian 5G dan 4G CelcomDigi.
    • Pelan Keluarga: CelcomDigi menawarkan pelbagai pelan keluarga termasuk pelan tambahan percuma dan pengecualian yuran untuk bulan pertama pada talian tambahan baharu.
    • Penjimatan untuk pelan tanpa had: Kempen ini termasuk pelan Digi Postpaid Infinite yang diperbaharui dengan Internet dan panggilan tanpa had, menawarkan penjimatan sehingga RM180 untuk pelanggan yang kekal menggunakan pelan ini selama 12 bulan.
    • Pelan prabayar 5G: Pelanggan boleh memilih Celcom XPAX Prabayar 5G dan Digi NEXT Prabayar 5G, kedua-duanya menawarkan elaun data yang murah dan Internet tanpa had.

    Selain itu, CelcomDigi memperkenalkan Celcom XPAX Prabayar 5G dan Digi NEXT Prabayar 5G yang menawarkan data murah dan akses 5G tanpa gangguan. Pelanggan pada pelan lain juga boleh menikmati Bonanza Booster 5G dengan kuota Internet tambahan. Ia juga menawarkan Pas Video Familiku untuk penstriman berkelajuan tinggi serta Peraduan Belanja dan Menang dengan Google Play Store, memberikan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah menarik.

    Tawaran ini tersedia untuk pelanggan CelcomDigi mulai 3 Oktober 2023, melalui pelbagai saluran termasuk kedai CelcomDigi terpilih. Untuk butiran lanjut mengenai Jom 5GB Familiku, lawati laman web rasmi Celcom dan Digi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured