fbpx
More

    Dapatkan internet, panggilan dan SMS tanpa had unifi, istimewa untuk pelajar universiti

    Terdapat ramai pelajar yang masih berada di kampus masing-masing memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berterusan. Lanjutan PKP ini membuatkan keperluan data dan internet semakin meluas, termasuklah dalam kalangan pelajar. Terkini, unifi membekalkan pelan khas untuk pelajar dengan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had.

    Pelan ini adalah pelan istimewa khusus untuk pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta sahaja. Pek Pelajar unifi Mobile ini boleh dilanggan dengan hanya RM59 sebulan. Dengan RM59, pelajar akan mendapat keistimewaan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had seperti yang telah dinyatakan. ‘Tanpa had’ bermakna anda boleh menikmati data tanpa perlu menambah nilai atau menambah ciri tambahan!

    Pelan khas untuk pelajar MMU
    Pelan untuk pelajar universiti awam dan swasta

    Untuk makluman anda, pelan ini boleh terus dinikmati walaupun setelah tamat PKP. Berikut merupakan maklumat penting yang anda perlu tahu untuk Pek Pelajar unifi Mobile:

    • Semua pelajar di IPTA/IPTS terpilih yang memiliki emel rasmi pelajar yang sah adalah layak untuk melanggan tawaran ini.
    • Pastikan anda tidak terlepas emel makluman jemputan daripada pihak pentadbiran universiti anda menerusi emel rasmi pelajar.
    • Layari www.unifi.com.my/studentpack untuk mendaftar.
    • Kad SIM akan dihantar kepada anda dalam tempoh 1-5 hari bekerja.
    • Pelan pelajar unifi Mobile ini juga dibuka untuk pelajar tempatan dan antarabangsa peringkat ijazah dan sarjana selagi mereka merupakan pelajar berdaftar serta mempunyai kad pelajar yang sah dan emel rasmi universiti semasa pendaftaran pelan ini.

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelan unifi Mobile untuk pelajar serta perkhidmatan lain daripada unifi, anda boleh menghubungi unifi melalui aplikasi myunifi atau melalui pusat khidmat pelanggan dengan mendail 100. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

    Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi...

    Selepas TikTok, AS mungkin turut haramkan dron DJI

    Sebelum ini, kami melaporkan bagaimana ByteDance diberi masa untuk menjual TikTok sebelum ia diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Kali ini, kongres yang...

    Prism+ Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier rasmi di Malaysia, harga...

    Prism+ yang merupakan antara jenama pilihan untuk TV dan monitor kini telah memasuki segmen perkakas rumah pintar di Malaysia. Prism+ telah melancarkan...

    U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

    U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini...

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X