More

    Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Buds FE dilancar di Malaysia, bermula RM2,099

    Selain melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S23 FE pada hari ini, Samsung Malaysia turut mengumumkan dua lagi produk baharu dalam siri produk mampu milik Fan Edition (FE) iaitu tablet Samsung Galaxy Tab S9 FE dan fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds FE.

    Samsung Galaxy Tab S9 FE

    Siri produk ini terdiri daripada dua varian utama iaitu Samsung Galaxy Tab S9 FE yang mempunyai skrin 10.9 inci dan Samsung Galaxy Tab S9 FE+ yang mempunyai skrin 12.4 inci. Kedua-dua tablet mempunyai skrin dengan kadar segar semula adaptif sehingga 90Hz serta fungsi Vision Booster untuk meningkatkan kecerahan jika tablet ini digunakan bawah cahaya matahari terik.

    Di samping itu, Galaxy Tab S9 FE mempunyai satu sahaja kamera 8MP di belakang, manakala Galaxy Tab S9 FE+ mempunyai dwi-kamera 8MP+8MP.

    Storannya ditawarkan dalam pilihan 128GB atau 256GB, dan boleh dibesarkan lagi dengan kad memori microSD sehingga 1TB. Anda juga boleh pilih untuk varian yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G, atau kepada Wi-Fi sahaja.

    Kedua-dua tablet mempunyai rating kalis air IP68 dan didatangkan bersama stilus S Pen. Memandangkan saiznya yang lebih besar, Galaxy Tab S9 FE+ mempunyai hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 20 jam.

    Tablet ini turut siap dipasang dengan beberapa aplikasi seperti Goodnotes, LumaFusion, Clip Studio Paint dan banyak lagi. Berikut adalah senarai harga untuk Galaxy Tab S9 FE:

    ProdukHarga
    Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 6GB+128GBRM2,099
    Galaxy Tab S9 FE 5G 6GB+128GBRM2,699
    Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 8GB+256GBRM2,399
    Galaxy Tab S9 FE 5G 8GB+256GBRM2,999
    Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 8GB+128GBRM2,799
    Galaxy Tab S9 FE+ 5G 8GB+128GBRM3,399
    Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 12GB + 256GBRM3,099
    Galaxy Tab S9 FE+ 5G 12GB + 256GBRM3,699

    Samsung Galaxy Buds FE

    Ini adalah fon telinga wayarles Samsung pertama yang dipasarkan dengan jenama FE. Ia menawarkan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) untuk membatalkan bunyi di sekeliling pengguna dengan lebih tepat.

    Sewaktu membuat panggilan telefon pula, mikrofon dalamannya mempunyai Deep Neutral Network (DNN) yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk memisahkan suara pengguna dengan latar belakang, bagi menghasilkan kualiti suara yang lebih jelas.

    "
    "

    Samsung juga mengatakan ini adalah Galaxy Buds dengan hayat bateri yang tertinggi, iaitu sehingga 8.5 jam jika diukur pada fon telinga sahaja, atau sehingga 30 jam jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas.

    Galaxy Buds FE akan dijual di Malaysia pada harga RM399 serta ditawarkan dalam pilihan warna Graphite dan putih.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua produk Samsung mampu milik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured