More

    Apple sedang bangunkan iOS 17.0.3, beri penyelesaian Apple untuk isu panas pada iPhone 15 Pro

    Sebelum ini, kami melaporkan tentang isu suhu panas pada Apple iPhone 15 Pro dan bagaimana ia telah menjejaskan penggunanya. Hari ini, sumber yang dipercayai mengesahkan syarikat sedang menguji pembetulan pepijat baharu untuk menyelesaikan isu ini.

    Menurut sumber, Apple kini sedang menguji kemas kini iOS 17.0.3. Syarikat itu belum mengesahkan bila kemas kini ini akan tiba, tetapi adalah selamat untuk mengandaikan bahawa ia mungkin tiba selewatnya pada minggu depan. Apple juga mengesahkan bahawa kemas kini ini tidak akan menjejaskan prestasi cip A17 Bionic yang digunakan.

    Di samping itu, syarikat itu berkata bingkai titanium bukanlah sebab mengapa model Pro terlalu panas. Apple menerangkan masalah ini berpunca daripada cip A17 Bionic yang dibebankan oleh aplikasi gaming seperti Asphalt 9, Instagram dan juga Uber. Isu ini telah menjadi bahan topik menarik di kalangan pengguna gajet sejak tiga minggu yang lalu. Oleh itu, kami pasti Apple akan menangani isu ini secepat mungkin.

    Selain itu, kemas kini ini juga mungkin tiba sebagai sebahagian daripada kemas kini iOS 17.1 yang dijangka tiba pada akhir Oktober. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured