More

    Google News kini tersedia dalam Bahasa Melayu

    Hari ini, Google telah melancarkan Google News dalam Bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada pembaca. Langkah ini menunjukkan Google komited untuk menjadikan maklumat mudah diakses oleh orang ramai terutama di Malaysia.

    Ia akan tersedia pada laman web khusus dan aplikasi rasmi di Android serta iOS. Google News juga berkata bahawa langkah ini dapat membantu pembaca mencari berita dari sumber yang sah bagi memerangi berita palsu. Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti, memahami topik berita yang melanda negara dan global pada hari tersebut.

    Pada tahun 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan tanpa sebarang caj. Selain daripada pengumuman ini, Google akan melabur dalam Google News Initiative untuk menyokong kewartawanan berkualiti di Malaysia berkembang maju dalam talian.

    Semoga Google News dalam Bahasa Melayu dapat membantu lebih ramai orang mencari berita yang sahih pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured