More

    Death Stranding versi PC ditangguh sehingga Julai

    Berikutan penutupan sementara Kojima Productions di Jepun, game PlayStation 4 popular Death Stranding terpaksa menangguhkan tarikh pelancarannya untuk versi PC daripada 2 Jun ke 14 Julai.

    Menurut sebuah ciapan, penangguhan itu bertujuan memberikan lebih masa untuk pembangunan game tersebut sewaktu polisi bekerja dari rumah dilaksanakan oleh Kojima Productions.

    Sebelum ini, penerbit game tersebut, 505 Games, mengatakan Death Stranding akan dijual untuk platform PC di Steam dan Epic Games Store. Game tersebut mengisahkan tentang seorang penghantar barangan dalam dunia yang sudah dilanda malapetaka. Watak dalam game itu menampilkan barisan pelakon yang popular seperti Norman Reedus dan Mads Mikkelsen.

    Sudahkah anda bermain Death Stranding di PS4 dan kini merancang untuk memainkannya di PC? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured