More

    Samsung lancarkan One UI 6, tampilkan rekaan baru untuk Quick Panel, fungsi kamera AI dan banyak lagi

    Dalam acara Samsung Developer Conference 2023 yang berlangsung baru-baru ini, Samsung telah melancarkan sistem antara muka (UI) terbaharu untuk telefon pintar Galaxy iaitu One UI 6.0. Versi beta untuk UI tersebut telah pun diberikan kepada para penguji awal sejak beberapa bulan lalu dan kini ia sudah dilancarkan secara rasmi. Ia dijangka akan ditawarkan kepada siri telefon pintar Galaxy S23 dalam masa terdekat, kemudian kepada lain-lain peranti Galaxy.

    Dengan cogan kata “Enabling your Galaxy, your way,” antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah ruang Quick Panel yang direka semula, muka taip (font) baharu bernama One UI Sans dan beberapa fungsi baharu berdasarkan kecerdasan buatan (AI) untuk kameranya.

    Quick Panel adalah menu yang dibuka apabila anda menatal (swipe) skrin daripada atas. Untuk One UI 6, butang Wi-Fi dan Bluetooth akan mempunyai ruang khas di bahagian atas, manakala fungsi visual seperti Dark Mode dan Eye Comfort Shield akan diletakkan di bahagian bawah.

    Aplikasi Gallery dalam One UI 6.0 akan menggunakan AI dengan mengimbas gambar yang diambil, kemudian ia akan memberi cadangan kepada pengguna untuk menyunting gambar dengan fungsi seperti Photo Remaster atau Object Eraser.

    Fungsi kamera yang baharu termasuklah lebih banyak pilihan untuk tera air (watermark), akses pantas kepada tetapan resolusi, efek dan penapis (filter) yang mudah untuk diguna dan banyak lagi.

    Samsung turut memperkenalkan Samsung Studio yang membenarkan pengguna untuk menyunting video dengan beberapa lapisan serentak (multi-layered video editing), sesuatu yang sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam aplikasi pihak ketiga. Pengguna boleh memasukkan hiasan seperti teks, pelekat dan muzik untuk menghasilkan sebuah video yang menarik.

    Berikut adalah antara beberapa ciri baharu dalam One UI 6:

    • Rekaan emoji baharu
    • Pratonton gambar dan video sewaktu anda ingin berkongsinya
    • Penambahbaikan dalam membuat multi-tugas
    • Kedudukan jam dalam Lock Screen boleh diubah
    • Ikon aplikasi yang lebih ringkas dalam Home Screen
    • Widget cuaca baharu
    • Cadangan dalam aplikasi My Files untuk bersihkan storan
    • Penambahbaikan dalam Calendar, Reminder dan Samsung Internet
    • Airplane Mode yang diperbaiki
    • Fungsi Auto Blocker untuk mengelakkan akses kepada aplikasi yang tidak diketahui
    • Balasan untuk panggilan teks (text call greetings) yang boleh diubahsuai oleh Bixby
    • Lebih banyak fungsi untuk memudahkan penggunaan, seperti pembesaran teks dan ketebalan penunjuk (cursor)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan UI baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured