More

    Siri Samsung Galaxy Tab A9 dilancar: Skrin LCD 8.7″ dan 11″, RAM 8GB, storan 128GB bermula ~RM900

    Samsung telah melancarkan siri tablet mampu milik yang baharu iaitu Samsung Galaxy Tab A9 yang terdiri daripada Galaxy Tab A9 dan Galaxy Tab A9+. Kedua-dua tablet ini mempunyai saiz skrin yang berbeza, selain daripada perbezaan kecil dalam segi spesifikasi dalaman.

    Galaxy Tab A9 mempunyai skrin IPS LCD berukuran 8.7 inci dengan resolusi 800×1340. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

    Galaxy Tab A9+ pula mempunyai skrin IPS LCD berukuran 11 inci dengan resolusi 1200×1920. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 695, dengan jumlah RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Ia akan ditawarkan dalam varian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi+5G.

    Kedua-dua tablet mempunyai rekaan mirip siri Galaxy Tab S9, namun skrin dalam siri Galaxy Tab A9 mempunyai sempadan bezel yang lebih tebal. Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka One UI 5.1.

    Buat masa ini, siri Galaxy Tab A9 hanya dilancar di Guatemala serta Emiriyah Arab Bersatu dan dijual pada harga bermula AED699 (~RM900). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia kerana setakat ini hanya Galaxy Tab A8 yang disenaraikan dalam laman web Samsung Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured