More

    Pelancaran iPhone SE Plus dan iPad Pro 5G ditangguhkan pada 2021, ini sebabnya

    Terdahulu, Apple telah melancarkan iPhone mampu milik, iPhone SE bermula dengan harga RM1,999. Pelancaran ini disusuli dengan kemunculan berita mengenai varian lain, iPhone SE Plus. Terkini, sumber melaporkan Apple bakal menangguhkan pelancaran iPhone SE Plus dan iPad Pro 5G pada tahun hadapan, tahun 2021.

    Sepintas lalu, iPhone SE Plus dikatakan bakal hadir dengan saiz skrin yang berbeza berbanding iPhone SE. Reka bentuk skrin penuhnya dikatakan hampir menyamai iPhone 11, tetapi dengan takuk yang lebih kecil. Penganalisis Apple Ming Chi Kuo menyatakan bahawa Apple bakal menangguhkan pelancaran model baru yang dianggap sebagai iPhone SE Plus ini pada penggal kedua tahun 2021.

    Bukan itu sahaja, Apple iPad Pro 5G juga bakal ditangguhkan pada tahun 2021. iPad Pro 5G dengan paparan mini LED ini ditangguhkan dipercayai kerana penangguhan bekalan kompenen daripada pembekal. Agak masuk akal kerana pasaran teknologi turut terkesan dengan penularan pandemik.

    Apa pun, adakah anda berminat untuk menanti pelancarannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors | GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured