fbpx
More

    Khas untuk pembaca TechNave: Dapatkan diskaun RM500 untuk Samsung Galaxy S23 FE!

    Pada minggu lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S23 FE (Fan Edition) yang menampilkan spesifikasi andalan (flagship) untuk telefon 2023 pada harga mampu milik iaitu bermula RM2,999 sahaja.

    Jika anda berminat untuk membeli telefon ini, kami ada berita baik untuk anda. TechNave telah bekerjasama dengan Samsung Malaysia untuk memberikan promosi khas, di mana anda boleh membeli Galaxy S23 FE dengan potongan harga sebanyak RM500.

    Anda hanya perlu menaip kod diskaun TNGALAXYFE sewaktu anda ingin membuat pembayaran dalam laman web Samsung Online Store. Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 November 2023 sahaja.

    Perlu diingati bahawa kod ini hanya layak digunakan oleh 500 pelanggan awal sahaja dan sementara stok masih ada, jadi jangan bertangguh lagi jika anda berminat untuk membeli telefon ini. Kod promosi ini juga tidak boleh digabungkan dengan promosi Fans Exclusive Deal.

    Selain promosi di atas, Samsung juga menawarkan beberapa promosi tambahan untuk Galaxy S23 FE, di mana anda boleh berjimat sehingga RM1,150 sewaktu membelinya. Berikut adalah maklumat lanjut untuk promosi ini:

    1. Jadi ahli #GalaxyTroop dan dapatkan diskaun peminat eksklusif sebanyak RM500 (kod tebusan: FEGALAXY)
    2. Naik taraf storan secara percuma (bernilai RM300) dan dapatkan storan 256GB, dengan membeli varian 128GB
    3. Pertukaran dengan telefon lama (trade-in) boleh memberikan rebat sehingga RM350
    4. Setiap pembelian Galaxy S23 FE melayakkan anda untuk diskaun 30% terhadap Samsung Galaxy Buds FE, peranti-peranti Galaxy, aksesori mudah alih dan Samsung Care+
    5. Dapatkan Samsung Rewards 1%

    Dengan semua tawaran di atas, anda boleh beli Galaxy S23 FE pada harga serendah RM2,199 sahaja. Layari laman web Samsung Malaysia dan gunakan kod diskaun eksklusif TNGALAXYFE untuk nikmati diskaun ini.

    Untuk lebih banyak maklumat tentang Galaxy S23 FE, baca artikel pelancarannya di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X