More

    MYAirline hentikan operasi kerana isu kewangan, digesa untuk bayar balik penumpang

    Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, MYAirline, membuat pengumuman mengejut pada awal hari ini di mana mereka akan menggantung operasinya bermula 12 Oktober 2023 sehingga sebuah tarikh yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Dalam sebuah kenyataan media yang diedarkan pada pagi ini, syarikat itu mengalami tekanan kewangan dan terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk menggantung operasinya buat sementara. Mereka kini menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal untuk meneruskan operasi.

    Mereka memohon maaf kepada semua penumpang dan pekerja yang terlibat dengan penggantungan operasi ini. Para penumpang yang sudah membeli tiket dinasihati untuk tidak pergi ke lapangan terbang atau mencari alternatif untuk pergi ke destinasi.

    Pelanggan juga boleh menghantar emel kepada [email protected] untuk menanyakan sebarang masalah yang dihadapi.

    Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata MYAirline perlu menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada Kementerian Pengangkutan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

    MAVCOM turut menyatakan bahawa MYAirline bertanggungjawab untuk membayar balik kepada para penumpang yang sudah membeli tiket. Agensi itu menasihati penumpang untuk berhubung terus kepada MYAirline. Jika penumpang ingin membuat aduan kepada MAVCOM, mereka boleh hubungi:

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured