More

    Malaysia Airlines tawarkan diskaun sehingga 55% kepada penumpang MYAirline

    Pada pagi ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline tentang penggantungan operasinya buat sementara waktu, bermula hari ini. Pengumuman ini pasti mengejutkan para penumpang yang sudah membeli tiket dengan MYAirline atau mereka yang ingin membeli tiket penerbangan murah.

    Selepas AirAsia mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan tiket diskaun kepada para penumpang MYAirline, kini Malaysia Airlines pula menawarkan promosi yang serupa kepada mereka.

    Malaysia Airlines menawarkan diskaun untuk tambang asas (base fare) sehingga 55 peratus untuk semua penumpang MYAirline yang telah membeli tiket penerbangan sebelum 30 November 2023. Untuk mendapatkan diskaun ini, penumpang perlu pergi ke mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines dalam seluruh negara dan tunjukkan bukti tempahan yang telah dibuat dengan MYAirline.

    Diskaun 55 peratus ini adalah lebih tinggi daripada diskaun 50 peratus yang ditawarkan oleh AirAsia. Sungguh pun begitu, Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan yang memberi perkhidmatan penuh (full-service airline) manakala AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah.

    Oleh yang demikian, harga tiket yang boleh dibeli oleh penumpang MYAirline terhadap penerbangan AirAsia atau Malaysia Airlines mungkin akan berada pada tahap yang sama.

    Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured