More

    Mesyuarat ‘online’? Google Duo menyokong sehingga 12 orang dalam panggilan video

    Memandangkan aplikasi Zoom mempunyai isu yang membangkitkan kebimbangan orang ramai, salah satu alternatif untuk aplikasi konferens video adalah Google Duo. Google kini mengumumkan beberapa ciri tambahan baru Google Duo termasuklah sokongan sehingga 12 orang dalam panggilan video berkumpulan.

    Ciri tambahan yang pertama adalah semestinya memperbaik kualiti panggilan video. Pergantungan terhadap sambungan rangkaian juga akan dipertingkatkan untuk menambah lagi kualiti panggilan video. Anda juga boleh menyimpan mesej-mesej dalam Google Duo. Terdahulu, mesej hanya disimpan secara automatik dan akan luput selepas 24 jam sahaja.

    Lihatlah kualiti video yang jelas

    Turut ditambah adalah fungsi untuk mengambil gambar semasa panggilan video berlangsung. Apa pun, ciri mengambil gambar ini hanya tersedia pada Google Duo di telefon pintar, tablet dan Chromebook sahaja. Ciri yang paling menarik adalah penambahan individu yang boleh menyertai satu panggilan video. Pengguna iOS dan Android boleh mencapai 12 orang sekaligus dalam satu panggilan video berkumpulan. Jumlah ini mungkin akan ditambah lagi kemudian.

    Adakah anda pernah menggunakan Google Duo dan berpuas hati dengan ciri menarik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GizChina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured