More

    Suara dari langit! Jangan terkejut, dron juga bantu pihak berkuasa memerangi COVID-19

    Terkini, pihak berkuasa Malaysia telah bekerjasama dengan Aerodyne Group untuk membantu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inisiatif Aerodyne Group ini adalah di atas permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Jika anda terdengar suara dari langit yang memberi peringatan penjarakan sosial, itu adalah pasukan dron!

    Aerodyne Group membekalkan 26 pasukannya yang mengandungi lima orang dan dua dron dalam setiap pasukan. Operasi dron yang melibatkan pasukan dron lain kini berjumlah 92 pasukan di seluruh negara. Objektif pemantauan melalui dron ini adalah untuk membantu mengawal orang ramai dan memberi maklumat terkini kepada pihak berkuasa.

    Perisian pengesanan tertentu telah digunakan untuk menjejak kawasan yang mempunyai orang ramai atau perhimpunan. Dron akan ke lokasi tersebut untuk memberi peringatan dan maklumat. Jika perlu, pasukan dron juga akan memberi amaran melalui dron tersebut.

    Kami merasakan kawalan keselamatan siber berteknologi ini adalah baik untuk membantu pihak berkuasa dalam memerangi COVID-19. Apa pendapat anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured