More

    Bajet Malaysia 2024: PMX umum dana RM510 juta untuk pembangunan Teknologi dan Sains serta pendigitalan perkhidmatan awam

    Selepas mengumumkan kenaikan cukai dan dana untuk memerangi penipuan dalam talian, Perdana Menteri turut mengumumkan bajet RM510 juta untuk Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi dan Kementerian Pengajian Tinggi.

    Untuk memastikan Malaysia berada dalam kedudukan 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global menjelang 2025, sebanyak RM510 juta disediakan sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk kementerian yang disebutkan. 

    Daripada dana ini, RM50 juta akan diperuntukkan sebagai geran sepadan bagi universiti awam untuk bekerjasama dengan sektor swasta. Ini adalah penting dalam merangsang penyelidikan dan aktiviti inovatif yang boleh dikomersialkan.

    Selain itu, RM76 juta ringgit akan diperuntukkan untuk menambah baik ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (R&D dan C&I) melalui penyediaan produk dan dana sokongan pengkomersilan yang diwujudkan oleh perusahaan perniagaan, NGO, jabatan serta agensi kerajaan.

    Bagi memupuk kreativiti dalam kalangan pemain industri, RM10 juta akan diperuntukkan kepada bidang teknologi elektrikal dan elektronik (E&E) di bawah MIMOS, sektor angkasa di bawah MYSA serta teknologi dron & robotik di bawah MRANTI.

    Selain itu, pembangunan badan Identiti Digital Nasional (IDN) turut akan disegerakan. Untuk pengetahuan, badan IDN (National Digital Identity) juga akan berfungsi sebagai platform pengesahan kendiri yang dipercayai. Untuk memperkasakan pendigitalan kebolehcapaian perkhidmatan awam, Unit Nukleus GovTech telah diwujudkan untuk memupuk kepakaran domestik. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...