More

    Bajet Malaysia 2024: Rebat RM2,400 untuk pembelian e-motosikal dan pengumuman berkaitan EV

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet Malaysia 2024 di Dewan Rakyat yang menyentuh beberapa langkah untuk meningkatkan lagi industri kenderaan elektrik (EV) di negara kita. Anwar menegaskan kerajaan komited untuk memajukan lagi industri EV di negara kita dan menggalakkan penggunaan EV rakyat.

    Untuk itu, kerajaan mengalu-alukan pelaburan RM170 juta oleh syarikat seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk membina 180 stesen pengecas EV di seluruh negara. Selain itu, kerajaan juga bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memberi insentif kepada rakyat membeli motosikal elektrik atau e-motosikal.

    Melalui skim menggalakkan penggunaan motosikal elektrik yang bermula 2024, kerajaan akan menyediakan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM120,000 setahun mendapat rebat sehingga RM2,400 untuk membeli e-motorsikal. Penekanan turut diberikan kepada pengangkutan awam berkuasa elektrik di bawah Bajet Malaysia 2024.

    Anwar berkata, bagi menyokong projek LRT3, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM600 juta bagi mendapatkan 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas. Kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan pengecasan EV selama 4 tahun. 

    PMX juga mengumumkan pemotongan cukai untuk kos sewa EV selama 2 tahun lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured