fbpx
More

    Motorola Edge Plus diumumkan: Snapdragon 865, kamera 108MP, RAM 12GB, 5000mAh berharga ~RM5646

    Motorola kini telah mengeluarkan siri peranti flagship terbarunya dengan dua model iaitu Motorola Edge dan Motorola Edge+. Sebagai salah satu varian peranti dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865, penawaran spesifikasi flagship lain agak menarik termasuklah kamera 108MP.

    Siri Motorola Edge hadir dengan paparan sama AMOLED 6.7 inci (resolusi 1080 x 2340) bersama kadar segar semula 90Hz. Namun, Motorola Edge+ tampil dengan kelengkapan RAM 12GB LPDDR5, storan UFS 3.0 245GB dan kamera utama 108MP. Antara perbezaan lain adalah dari segi bateri di mana kapasiti bateri Motorola Edge adalah 4500mAh dan Motorola Edge+ ialah 5000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi kedua-duanya di bawah.

    Motorola Edge+

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM 12GB LPDDR 5 dan storan 256GB UFS 3.0
    • Paparan 6.7-inci HDR10 + AMOLED beresolusi 1080 x 2340 piksel (90Hz, sokongan cap jari dalam paparan)
    • 4 kamera utama: 108 MP sudut lebar (f/1.8, 1/1.33″, 0.8µm, PDAF, OIS) + 8 MP telefoto (f/2.4, 81mm, 3x zum optikal, PDAF, OIS) + 16 MP sudut ultra lebar (f/2.2, 13mm, 1.0µm) + TOF 3D
    • Kamera hadapan 25 MP (f/2.0, 0.9µm)
    • Bateri 5000mAh (pengecasan pantas 18W, pengecasan wayarles 15W, pengecasan berbalik 5W)
    • Bicu audio 3.5mm
    • Android 10
    • Pilihan warna Kelabu dan Wine Red

    Motorola Edge

    • Cipset Snapdragon 765G
    • RAM 4GB/6GB dan storan 128GB (boleh ditambah melalui mikroSD)
    • Paparan 6.7-inci AMOLED beresolusi 1080 x 2340 piksel (90Hz, sokongan cap jari dalam paparan)
    • 4 kamera utama: 64MP sudut lebar (f/1.8, 1/1.72″, 0.8µm, PDAF) + 8 MP telefoto (f/2.4, 52mm, 2x zum optikal, PDAF) + 16 MP sudut ultra lebar (f/2.2, 13mm, 1.0µm) + TOF 3D
    • Kamera hadapan 25 MP (f/2.0, 0.9µm)
    • Bateri 4500mAh (pengecasan pantas 18W)
    • Bicu audio 3.5mm
    • Android 10
    • Pilihan warna Sun Black dan Midnight Magenta
    Motorola Edge+
    Motorola Edge+
    Motorola Edge warna Sun Black
    Motorola Edge warna Midnight Magenta

    Versi global siri Motorola Edge akan dilancarkan pada Mei ini, dengan harga 1199 Euro (lebih kurang ~RM5646) untuk Motorola Edge+ dan harga 599 Euro (lebih kurang RM2820) untuk Motorola Edge.

    Kami akan memaklumkan jika ada maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook!

    Sumber: TechNave中文版

     

    Artikel Terkini

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung...

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini...

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk...

    Harga Infinix GT 20 Pro 5G untuk pasaran Malaysia didedah bermula RM1,299

    Infinix GT 20 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini tetapi butiran lanjut masih belum didedahkan oleh syarikat telefon...

    Google Play Store kini boleh memuat turun dua aplikasi serentak

    Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan peningkatan kecil namun ketara pada Google Play Store yang membolehkan pengguna memuat turun dua aplikasi serentak pada...

    Pengguna TNG eWallet dan MyPB kini boleh buat pembayaran QR melalui Alipay+ di Hong...

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) dan MyPB oleh Public Bank Berhad kini berpeluang untuk membuat pembayaran QR dengan lancar di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X