More

    Samsung Galaxy A05 dan A05s mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM649

    Dalam artikel sebelum ini, Samsung telahpun melancarkan Samsung Galaxy A05 dan A05s tanpa pengumuman harga di Malaysia. Kini, anda boleh dapatkan A05 pada harga RM649 manakala A05s pada harga RM799. Kedua dua peranti menampilkan skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi HD+ pada A05 dan resolusi FHD+ pada A05s.

    Telefon pintar A05 menggunakan cipset Helio G85 manakala A05s dilengkapi oleh cipset Snapdragon 680. Kedua-duanya disokong oleh RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Galaxy A05 memaparkan kamera utama 50MP + kedalaman 2MP dan kamera swafoto 8MP manakala Galaxy A05s menampilkan kamera utama 50MP + kedalaman 2MP + makro 2MP dan kamera swafoto 13MP.

    Samsung Galaxy A05
    Samsung Galaxy A05s

    Selain itu, telefon ini mempunyai hayat bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 25W. Bagi pengguna, anda akan dapati terdapat pengimbas cap jari di bahagian sisi telefon, bicu audio 3.5mm dan menggunakan sistem operasi OneUI Core berdasarakan Android 13.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas bagi kedua-dua telefon pintar:

    Samsung Galaxy A05:
    • Cipset Helio G85
    • Skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi HD+
    • RAM 6GB dan storan dalaman 128GB
    • Dwi-kamera belakang: Kamera utama 50MP + kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 25W
    • Spesifikasi lain: pengimbas cap jari di bahagian sisi telefon, bicu audio 3.5mm dan OS OneUI Core berdasarakan Android 13
    Samsung Galaxy A05s:
    • Cipset Snapdragon 680
    • Skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi FHD+
    • RAM 6GB dan storan dalaman 128GB
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 50MP + kedalaman 2MP + makro 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 25W
    • Spesifikasi lain: pengimbas cap jari di bahagian sisi telefon, bicu audio 3.5mm dan OS OneUI Core berdasarakan Android 13

    Ia menawarkan pilhan warna hijau muda, hitam dan perak. Samsung Galaxy A05 dan A05s kini boleh didapati di laman web rasmi Samsung Malaysia. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured