More

    Peraduan 99 Nights in Portrait 2.0 oleh vivo Malaysia sediakan hadiah sehingga RM3,000!

    Untuk meraikan keluaran terbaharu vivo V29 5G, vivo Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan peraduan foto 99 Nights in Portrait 2.0. Objektif peraduan ini adalah untuk menyerlahkan ciri Aura Light 2.0 pada vivo V29 5G dan menemui bakat baharu yang berpotensi merakam potret menarik walaupun dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

    Dari 9 Oktober hingga 13 November 2023, vivo Malaysia berbesar hati menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan ini yang menyediakan hadiah terkumpul sehingga RM3,000. Setiap minggu akan diadakan acara fotografi dengan tema baharu yang menawarkan peluang kepada peserta untuk mendapatkan hadiah menarik.

    TemaTarikh
    Malam Muzik9 – 15 Oktober 2023
    Pasar Malam16 – 22 Oktober 2023
    Halloween23 – 31 Oktober 2023
    Keseronokan Malam 1 – 7 November 2023
    Perkhemahan Malam8 – 13 November 2023

    Cara untuk menyertai peraduan:

    • Tangkap dan kongsi sebarang foto yang cantik mengikut tema mingguan pada profil media sosial dan tetapkannya kepada umum.
    • Sertakan tanda pagar (hashtag) #vivoV295G #AuraPortraitNowSmart #vivoV295G99NightsInPortrait pada kapsyen gambar.
    • Sebut @vivo_Malaysia dan tag dua rakan untuk jemput mereka menyertai peraduan foto ’99 Nights in Portrait 2.0′ oleh vivo Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured