fbpx
More

    Intel Core Gen-14 dilancar, cipset desktop sehingga 24 teras, frekuensi turbo 6Hz

    Intel telah melancarkan barisan pemproses baharu untuk komputer desktop iaitu Intel Core 14th Generation, diketuai oleh Intel Core i9-14900K sebagai varian yang tercanggih. Pada waktu ini, Intel menawarkan enam varian Intel Core 14th Generation dengan jumlah teras sehingga 24 teras dan 32 threads.

    Intel Core i9-14900K merupakan pemproses desktop terpantas dalam dunia setakat ini, dengan frekuensi turbo sehingga 6GHz. Intel mengatakan ia menawarkan prestasi gaming yang lebih tinggi sebanyak 23 peratus daripada pemproses jenama lain, dengan teknologi seperti Intel Application Optimisation (APO) untuk application threading yang lebih pantas.

    Sementara itu, Intel Core i7-14700K mempunyai 20 teras dan 28 threads, dengan tambahan empat teras kecekapan (E-cores) berbanding generasi sebelumnya.

    Buat mereka yang gemar melaraskan kelajuan pemproses, Intel Core 14th Gen boleh melakukan overclocking dengan Intel Extreme Tuning Utility (XTU) AI Assist untuk overclocking yang dibantu AI, serta kelajuan DDR5 XMP sehingga 8,000 megatransfers setiap saat (MT/S).

    Semua pemproses Core Gen-14 dilengkapi sokongan untuk Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, Thunderbolt 5 dan bandwith dwi-arah 80 Gbps. Pemproses ini boleh digabungkan dengan siri cipset Intel 600 Series dan Intel 700 Series, supaya pengguna boleh menaik taraf desktop mereka tanpa perlu menukar papan induk (motherboard).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pemproses baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X