More

    realme 11x 5G kini boleh didapati secara percuma di Unifi

    Kini, anda boleh mendapatkan realme 11x 5G secara percuma di Unifi. Sudah pasti terdapat beberapa cara untuk anda membawa pulang realme 11x di mana anda perlu melanggan pelan Internet rumah dan mudah alih Unifi yang bermula daripada RM149 sebulan.

    Selain telefon pintar ini, pelanggan juga boleh menikmati sambungan rangkaian berkelajuan tinggi tanpa had daripada 100Mbps dan lebih tinggi. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pengguna pengalaman menggunakan realme 11x 5G yang dilengkapi oleh cipset MediaTek Dimensity 6100+ 5G.

    Ia juga menampilkan teknologi hotspot pintar kuasa rendah 5G pertama di dunia, dengan pengurangan penggunaan kuasa sebanyak 32% apabila berkongsi rangkaian 5G yang pantas dengan orang lain. Sementara itu, kamera utama AI 64MP dengan zum in-sensor 2x membantu menangkap momen yang dihargai. Ia juga mempunyai paparan FHD+ 6.72 inci yang menolak kadar penyegaran semula 120Hz.

    Telefon pintar ini disokong oleh kuasa pengecasan SUPERVOOC 33W, RAM Dinamik sehingga 16GB dan storan sehingga 128GB. Anda juga boleh memilih warna Purple Dawn atau Midnight Black.

    Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi Unifi di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured