fbpx
More

    CelcomDigi perkenal logo baharu, perlihatkan masa depan bersama

    CelcomDigi hari ini memperkenalkan logo korporat baharunya yang merupakan satu langkah ke arah menjadi rakan kongsi yang dipercayai oleh pelanggan serta rakyat Malaysia dalam inovasi serta pendigitalan. Celcom dan Digi merupakan antara jenama yang paling dipercayai di Malaysia selama tiga dekad.

    April lalu, CelcomDigi telah melancarkan program berskala penuh untuk membina rangkaian digital dengan mengintegrasi dan memodenkan rangkaian 4G di Malaysia menerusi teknologi LTE serta sedia-5G yang terkini. Langkah ini berjaya meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan yang kini dapat menikmati liputan yang lebih luas serta pengalaman pelanggan yang lebih baik.

    CelcomDigi juga menggalakkan secara aktif pengadaptasian pendigitalan dan 5G For All dalam kalangan pengguna serta perniagaan melalui pakej peranti 5G mampu milik termasuk siri MY5G, dalam menerajui pembangunan 5G dan mempromosikan pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Terbaru, CelcomDigi, melalui Pusat Inovasinya telah bekerjasama dengan DHL untuk melancarkan gudang autonomi kecerdasan buatan (AI) dikuasakan 5G yang pertama di negara ini. Di samping itu, syarikat ini juga menjalin usahasama dengan Yinson Holdings untuk pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) yang inovatif buat pengguna Malaysia.

    Selain itu, CelcomDigi juga telah menandatangani perkongsian strategik bersama SK Telecom dan VIRNECT dalam bidang yang memacu inovasi dengan pengaplikasian 5G, AI dan Metaverse. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X