More

    Pelancaran iQOO Neo3: ‘Flagship’ dengan paparan 144Hz, Snapdragon 865 bermula ~RM1,660

    Jenama iQOO yang dinaungi oleh vivo telah melancarkan iQOO Neo3, sebuah telefon kelas flagship yang datang dengan skrin 144Hz, cipset Snapdragon 865 dan hubungan 5G bermula pada harga CNY2,698 (~RM1,660).

    Ia dilengkapi skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.57 inci dengan nisbah aspek 20:9. Skrinnya mempunyai piawaian HDR10 serta lubang punch-hole yang berada di bahagian atas kanan dan menempatkan kamera selfie 16MP.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Daripada segi memori, ia datang dengan RAM 6GB, 8GB atau 12GB dan storan UFS 3.1 128GB atau 256GB. Baterinya yang berkapasiti 4,500mAh menyokong pengecasan pantas 44W. Neo3 juga dilengkapi pembesar suara stereo, bicu audio dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Ia akan dijual di pasaran China pada harga:

    • CNY2,698 (6GB + 128GB, ~RM1,660)
    • CNY2,998 (8GB + 128GB, ~RM1,845)
    • CNY3,298 (12GB + 128GB, ~RM2,030)
    • CNY3,398 (8GB + 256GB, ~RM2,090).

    Masih tiada butirannya tentang keberadaan di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Neo3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured