More

    Jualan Payday Roborock: Pra-tempah siri Q5 Pro dan Dyad Air bermula RM1,499

    Jualan Payday Roborock pada 25 Oktober 2023 menawarkan rangkaian robot penyedut habuk Q5 Pro dan Dyad Air. Semasa Jualan ini, Q5 Pro boleh ditempah pada harga istimewa RM1,499 (RRP: RM1,799) an Q5 Pro+ pada harga RM1,799 (RRP: RM2,099) di Lazada.

    Rangkaian Q5 Pro dilengkapi dengan sistem dwi-gulung berus yang direka untuk mengurangkan kekusutan rambut dan mencapai penyingkiran rambut yang lebih efisien dari permadani. Dengan kuasa penyerapan sebanyak 5500Pa, ia mampu mengendalikan pelbagai tugas pembersihan sokongan teknologi navigasi berasaskan LiDAR membolehkan anda mengawalnya dengan mudah melalui aplikasi Roborock.

    Q5 Pro+ menawarkan ciri RockDock Plus auto-emptying dock dengan beg habuk berskala E-12 yang mampu menyimpan debu sehingga tujuh minggu tanpa perlu dikosongkan secara manual, menjadikan rutin pembersihan anda lebih mudah dan senang.

    Kemudian, penyedut habuk Dyad Air yang baru dilancarkan baru-baru ini mempunyai sistem penggulungan tunggal yang mampu membersihkan sehingga 3mm daripada permukaan lantai. Ia menyampaikan kuasa penyerapan sebanyak 17,000Pa dengan bantuan sensor DirTect untuk anda menyesuaikan kuasa pembersihan dan bekalan air berdasarkan keadaan lantai.

    Penyedut habuk canggih ini menawarkan hayat bateri kira-kira 50 minit setiap cas dan boleh diaturkan untuk pra-tempahan pada harga istimewa RM1,699 semasa Jualan Payday, yang turun dari harga biasa pada RM1,999.

    Terdapat juga tawaran produk lain pada 25 Oktober ini termasuk:

    • Roborock S8 Pro Ultra – RM5,299 (RRP: RM5,599)
    • Roborock S8 – RM2,499 (RRP: RM2,699)
    • Roborock Q Revo – RM3,388 (RRP: RM3,599)
    • Dyad Pro RM2,199 (RRP: RM2,399)
    • Kombo Dyad Pro – RM2,499 (RRP: RM2,899)
    • Q8 Maks – RM1,899 (RRP: RM2,199)

    Pembelian S8 Pro Ultra melalui Lazada akan hadir dengan penyelesaian pembersihan bernilai sehingga RM259 manakala mereka yang membeli melalui Shopee akan menerima pembuat roti bernilai sehingga RM599.90 dengan hanya tambahan RM5.99. Pembelian Q Revo dan Q8 Max di Shopee akan menerima multi-pemasak iCook berwarna biru bernilai sehingga RM599.99 hanya dengan tambahan RM9.99.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured