Apple telah mengakui masalah siri iPhone 15 dengan pengecasan wayarles pada kereta BMW. Apabila menggunakan pengecasan wayarles dalam beberapa model BMW dan Toyota Supra yang terkini, kemampuan NFC pada siri iPhone 15 akan dilumpuhkan sementara, mengakibatkan masalah dengan ciri-ciri seperti Apple Pay dan kunci kereta digital.
Apple merancang untuk mengeluarkan kemas kini perisian dalam tahun ini untuk mengatasi masalah tersebut, tetapi dalam pada itu, mereka mengesyorkan pengguna yang terkesan untuk berhenti menggunakan pengecasan wayarles di dalam kereta. Terdapat laporan mengenai iPhone yang terjejas masuk ke dalam mod pemulihan data dan pelanggan perlu mengunjungi kedai Apple atau penyedia perkhidmatan sah untuk penyelesaian.
Walaupun aduan mengenai masalah ini telah timbul di forum dan media sosial, tahap kekerapannya yang sebenar masih tidak jelas. Pelanggan yang terkesan telah menerangkan iPhone mereka masuk ke dalam mod pemulihan data dengan skrin putih dan cip NFC berhenti berfungsi selepas peranti itu dihidupkan semula.
Apple telah menyediakan panduan kepada juruteknik untuk menangani masalah ini termasuk cuba untuk menghidupkan semula cip NFC dengan alat perisian atau pembaikan perkakasan sebagai penyelesaian terakhir.
Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MacRumors






