More

    Xiaomi Watch S3 dilancar: Miliki HyperOS pertama Xiaomi, bezel boleh tukar bermula ~RM522

    Selain pelancaran siri Xiaomi 14, Xiaomi turut mengumumkan Xiaomi Watch S3. Seperti siri Xiaomi 14, jam tangan pintar baharu ini turut menampilkan HyperOS kali pertama dalam barisannya. Xiaomi Watch S3 mempunyai paparan AMOLED 1.43 inci dengan kadar penyegaran 60Hz pada 326ppi di samping kecerahan puncak 600nits dan 256 tahap kecerahan penyesuaian.

    Selain itu, jam tangan pintar ini memperkenalkan reka bentuk bezel boleh tukar pertama Xiaomi yang membolehkan pengguna menukar bezel jam tangan tersuai. Muka jam tangan ini termasuk animasi dinamik eksklusif dan kesan bunyi. Menggunakan HyperOS serba baharu, Xiaomi berkata ia menyediakan pengalaman interaktif merentasi pelbagai produk Xiaomi. 

    Selain itu, Xiaomi Watch S3 juga menyokong kedudukan lima satelit dwi-frekuensi bebas untuk penjejakan GPS berdasarkan cip GNSS dwi-frekuensi L1+L5. Menurut Xiaomi, jam tangan itu juga menggabungkan reka bentuk antena dwi-lapisan sekeliling yang mampu meningkatkan penerimaan antena GNSS sebanyak 50% dan jaminan perekodan laluan bersama keseimbangan kelajuan. 

    Seperti mana-mana jam tangan pintar yang berada di pasaran, ia juga mempunyai lebih 150 mod sukan termasuk aktiviti luar, bermain ski, bola sepak, menari dan banyak lagi. Terdapat dua model yang dilancarkan iaitu versi Bluetooth dan eSIM. Versi Bluetooth Xiaomi Watch S3 berharga 799 Yuan (~RM522) manakala versi eSIM ialah 999 Yuan (~RM653). 

    Buat masa ini, tiada maklumat bahawa bila Xiaomi Watch S3 akan tiba di pasaran Malaysia. Namun, berkemungkinan besar ia akan tiba kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi Watch S3 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured