More

    Samsung perkenal ciri Zoom Anyplace dan E2E AI Remosaic – kamera 200MP generasi seterusnya!

    Samsung telah memperkenalkan beberapa teknologi kamera baharu yang menarik yang bakal muncul pada siri Galaxy S24 tahun hadapan. Dalam catatan blog baharu, Samsung telah menunjukkan ciri ISOCELL Zoom Anyplace iaitu ciri yang dikuasakan oleh sensor imej 200MPnya.

    Zoom Anyplace membolehkan pengguna menangkap pandangan sudut lebar dan zum pada video yang sama menggunakan pemprosesan kecerdasan buatan (AI) pada peranti untuk menjejak subjek bergerak dalam bingkai secara automatik. Samsung mendakwa bahawa ciri ini boleh mencapai zum 4x tanpa kehilangan resolusi apabila merakam video 4K.

    Sebelum ini, kamera akan bertukar daripada sudut lebar kepada telefoto apabila dizum 3x atau lebih yang mengakibatkan perubahan dalam kualiti dan sudut imej. Kini, kamera sudut lebar 200MP Samsung boleh mengezum 2x atau 4x dengan lancar tanpa kehilangan resolusi.

    Zoom Anyplace juga mengezum masuk dan keluar dengan lancar semasa tangkapan video. Samsung berkata bahawa subjek yang terletak di tepi skrin juga masih boleh dikesan dengan baik. Teknologi ini berfungsi dengan sensor 200MP ISOCELL HP2 yang diumumkan baru-baru ini yang dikhabarkan bakal digunakan pada S24 Ultra.

    Selain itu, Samsung turut mendedahkan ciri End-to-End (E2E) AI Remosaic untuk memendekkan dengan ketara masa pemprosesan imej bagi penangkapan resolusi tinggi. Kaedah pemprosesan selari ini menghasilkan perincian dan pembiasan warna yang lebih halus daripada pemprosesan konvensional.

    E2E AI Remosaic mengurangkan kependaman Remosaic sehingga separuh dengan menukar pemprosesan bertindan kepada pemprosesan selari. Sama-sama kita nantikan ciri baharu ini yang akan mula diperkenalkan pada Galaxy S24 Ultra yang dijangka dilancarkan pada Januari 2023.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured