fbpx
More

    Apple MacBook Pro dengan siri cip M3 dilancar di Malaysia, bermula RM7,499

    Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan barisan komputer riba MacBook Pro serta komputer iMac baharu yang dilengkapi siri cip M3. MacBook Pro baharu ini akan ditawarkan dalam saiz 14 inci dan 16 inci, dan harganya untuk pasaran Malaysia juga sudah diumumkan.

    MacBook Pro baharu ini mengekalkan reka bentuk MacBook Pro sebelumnya yang dilengkapi siri cip M2, namun satu warna baharu yang ditawarkan adalah hitam Space Black untuk MacBook Pro yang dilengkapi cip M3 Pro dan M3 Max. Ia mempunyai permukaan tekstur yang mengurangkan kesan cap jari. Untuk mereka yang gemarkan warna biasa, warna perak Silver dan kelabu Space Grey juga masih ditawarkan.

    Siri MacBook Pro baharu ini ditawarkan dengan varian M3, M3 Pro dan M3 Max dengan sokongan memori bergabung (unified memory) sehingga 128GB. Siri cip baharu ini dibuat dengan teknologi 3nm bagi meningkatkan prestasi untuk aliran kerja yang lebih pantas dan melakukan multi-tugas untuk perisian profesional seperti penjanaan 3D, penyuntingan video dan pembelajaran mesin (machine learning).

    Skrin MacBook Pro mempunyai panel Liquid Retina XDR dengan kandungan SDR yang lebih terang sebanyak 20 peratus, kamera webcam 1080p, enam pembesar suara dan sokongan untuk pelbagai jenis hubungan. Apple berkata baterinya boleh bertahan sehingga 22 jam, bergantung kepada jenis penggunaan.

    Berikut adalah beberapa peningkatan yang ditawarkan oleh Apple:

    MacBook Pro dengan M3

    • Prestasi render dalam Final Cut Pro meningkat sebanyak 7.4x ganda berbanding MacBook Pro dengan Core i7 dan lebih pantas sebanyak 60 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1
    • Prestasi kompilasi kod dengan Xcode meningkat sebanyak 3.7x ganda berbanding MacBook Pro dengan Core i7 dan lebih pantas sebanyak 40 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1
    • Prestasi spreadsheet dengan Microsoft Excel meningkat sebanyak 3.5x ganda berbanding MacBook Pro dengan Core i7 dan lebih pantas sebanyak 40 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1

    MacBook Pro dengan M3 Pro

    • Prestasi Adobe Photoshop meningkat sebanyak 3x ganda berbanding MacBook Pro dengan cipset Intel terpantas dan lebih pantas sebanyak 40 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1 Pro
    • Prestasi suntingan Adobe Premiere Pro berdasarkan teks meningkat sebanyak 1.7x ganda berbanding MacBook Pro dengan cipset Intel terpantas dan lebih pantas sebanyak 30 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1 Pro

    MacBook Pro dengan M3 Max

    • Prestasi simulasi sistem dinamik dalam MathWorks MATLAB meningkat sebanyak 5.5x ganda berbanding MacBook Pro dengan cip Intel dan lebih pantas sebanyak 2x ganda berbanding MacBook Pro dengan M1 Max
    • Prestasi render dalam Maxon Redshift meningkat sebanyak 5.3x ganda berbanding MacBook Pro dengan cip Intel dan lebih pantas sebanyak 2.5x ganda berbanding MacBook pro dengan M1 Max
    • Prestasi pengurangan noise dalam Blackmagic DaVinci Resolve Studio meningkat sebanyak 2.7x ganda berbanding MacBook Pro dengan cip Intel dan lebih pantas sebanyak 65 peratus berbanding MacBook Pro dengan M1 Max

    Berikut adalah senarai harga untuk MacBook Pro baharu ini di Malaysia:

    ModelTeras CPUTeras GPUMemori bergabungSSDHarga (RM)
    M3 MacBook Pro 148108GB512GB7,499
    M3 MacBook Pro 148108GB1TB8,299
    M3 Pro MacBook Pro 14111418GB512GB9,999
    M3 Pro MacBook Pro 14121818GB1TB11,599
    M3 Pro MacBook Pro 14121818GB512GB11,999
    M3 Pro MacBook Pro 14121836GB512GB13,599
    M3 Pro MacBook Pro 14143036GB1TB14,799
    M3 Max MacBook Pro 16143036GB1TB15,999
    M3 Max MacBook Pro 16164048GB1TB17,999

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai siri komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung mungkin lancarkan Galaxy Z Fold6 Slim tanpa sokongan S pen

    Ross Young, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perunding rantaian bekalan skrin DSCC mendedahkan bahawa Samsung sedang membangunkan telefon pintar baharu yang dipanggil Galaxy...

    realme C63 akan dilancar di Malaysia pada 5 Jun 2024

    realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar baharu, realme C63 pada 5 Jun 2024. Peranti baharu itu, diletakkan di bawah kategori...

    Ciri terbaharu Truecaller akan menjawab panggilan telefon dengan suara anda kelak

    Enam tahun yang lalu, Google Duplex telah ditunjukkan sebagai pembantu maya yang boleh membuat panggilan telefon bagi pihak pemilik dan diberikan kepada...

    Google Password Manager kini benarkan perkongsian kata laluan dengan ahli keluarga

    Google kini membenarkan pengguna berkongsi kata laluan dengan selamat antara ahli keluarga dalam Google Password Manager. Keupayaan baharu ini disertakan dalam kemas...

    POCO Pad dilancar: SD 7s Gen 2, skrin LCD 120Hz 12.1″ dan bateri 10,000mAh...

    POCO telah melancarkan siri F6 bersama tablet pertama mereka yang dinamakan POCO Pad. Tablet ini direka untuk kegunaan kerja dan hiburan dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X