More

    Hati-hati dengan iklan palsu di internet yang guna nama Khairul Aming dan Mid Valley Mall!

    Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan palsu yang dipaparkan dalam media sosial, terutamanya dalam Facebook. Agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu menyedari peningkatan iklan palsu yang mengiklankan pelbagai jenis produk dan promosi dalam platform tersebut.

    Iklan-iklan ini dibuat dengan laman-laman Facebook yang menyamar sebagai individu terkenal seperti selebriti internet Khairul Aming atau perniagaan ternama seperti Mid Valley Megamall. Dalam sebuah contoh, MyCERT mengesan sebuah iklan palsu yang menyamar sebagai Mid Valley Megamall dan kononnya membuat promosi untuk minyak wangi Dior Sauvage.

    Iklan palsu menggunakan nama Mid Valley
    Iklan palsu menggunakan nama Mid Valley
    Iklan palsu menggunakan nama Khairul Aming

    Iklan-iklan palsu ini selalunya akan membawa anda ke sebuah laman web lain kemudian ia akan menyuruh anda untuk mengisi sebuah borang dengan maklumat peribadi seperti alamat rumah dan maklumat perbankan jika anda ingin membeli barang promosi itu.

    Selepas anda melengkapkan borang, laman web itu akan berkata pesanan anda sudah siap dan produk akan dihantar dalam tempoh 3 ke 5 hari. Pada hakikatnya, pihak jahat yang membuat iklan tersebut telah menerima maklumat sensitif seperti data peribadi dan nombor PIN.

    Buat masa ini laman-laman web palsu ini masih aktif dan MyCERT telah menghubungi penyedia kandungan (hosting provider) untuk tindakan lanjut terhadap laman web tersebut.

    MyCERT menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu melayari internet dan ambil langkah berjaga-jaga seperti:

    • Jangan percaya promosi yang nampak terlalu menarik
    • Jangan klik pautan URL yang dihantar melalui media sosial, SMS, iklan, emel dan aplikasi permesejan
    • Gunakan kata laluan yang berlainan untuk setiap akaun dalam talian
    • Buat laporan polis jika anda menjadi mangsa scam
    • Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dalam tempoh 24 jam selepas anda menjadi mangsa, atau Polis Diraja Malaysia melalui 013-211 1222, 03-2610 1559 atau 03-2610 1599

    Kami berharap para pembaca akan terus berwaspada terhadap ancaman siber. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyCERT

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured