More

    Sony Malaysia tawarkan diskaun RM550 untuk PlayStation 5 dan pelbagai aksesori “gaming”

    Pada bulan ini, Sony Malaysia akan menganjurkan kempen promosi 11.11 Festival yang menawarkan pelbagai peranti Sony pada harga diskaun. Ia akan berlangsung pada 3 hingga 16 November 2023 dan antara produk yang terlibat adalah konsol gaming PlayStation 5 (PS5), aksesori PlayStation dan pelbagai game.

    Sepanjang promosi ini, gamers Malaysia boleh membeli PS5 dengan harga RM1,949 sahaja, iaitu RM550 lebih murah daripada harga asal (RM2,499). Selain itu, anda juga boleh membeli PS5 yang dipakejkan bersama game seperti Call of Duty Modern Warfare III, Final Fantasy XVI, Spider-Man 2 dan banyak lagi, namun anda hanya akan menerima diskaun RM530. Perlu diingati bahawa konsol PS5 yang ditawarkan dalam promosi ini bukanlah versi Digital Edition, sebaliknya ia versi asal yang mempunyai ruang cakera.

    Senarai harga promosi untuk pakej konsol PS5
    Senarai harga promosi untuk aksesori PlayStation
    Senarai harga promosi untuk pelbagai tajuk game

    Selain konsol, Sony Malaysia turut menjual pelbagai aksesori gaming pada harga diskaun seperti fon kepala wayarles Pulse 3D dan pengawal (controller) wayarles DualSense. Beberapa game juga akan dijual pada harga lebih murah seperti Gran Turismo 7, God of War Ragnarok, Horizon Forbidden West dan banyak lagi.

    Layari laman web Sony PlayStation untuk mengetahui pengedar sah yang menawarkan promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan konsol PS5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured