fbpx
More

    vivo mengacah varian warna baharu, sampel gambar daripada kamera siri X100

    vivo sedang membuat persiapan untuk melancarkan telefon pintar andalan baharunya iaitu siri X100 di China pada 13 November. Bersempena pelancarannya, vivo telah mula mengacah sampel gambar daripada kamera siri X100. Pengacah baharu menunjukkan X100 Pro dalam varian warna Sunset Orange Peel dengan kemasan kulit pada bahagian belakang dan bingkai warna emas.

    Ini adalah tambahan kepada varian Starry Blue yang diacah sebelum ini dengan belakang kaca. vivo juga berkongsi satu set sampel gambar daripada kamera daripada telefon pintar X100 dan X100 Pro. Sampel menunjukkan zum optik telefon dan keupayaan kamera makro telefoto. 

    Menurut laporan, vivo X100 dan X100 Pro akan dilengkapi dengan kamera telefoto OmniVision OV64B 64MP, ultra lebar Samsung JN1 50MP dan sama ada kamera utama Sony IMX920 (X100) atau kamera utama Sony IMX989 (X100 Pro). Kedua-dua telefon juga akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 9300 dan RAM LPDDR5T.

    Siri X100 dijangka menawarkan RAM sehingga 16GB dan sehingga 1 TB storan. vivo X100 dan X100 Pro dijangka menampilkan panel OLED 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran 120Hz. Bateri X100 akan berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas 120W manakala X100 Pro akan mempunyai bateri 5,400mAh dengan sokongan pengecasan 120W dan wayarles 50W.

    Siri vivo X100 dijangka bermula pada 3,999 Yuan (~RM2,586). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Promosi istimewa HUAWEI Pura 70: Rebat RM500 untuk peranti lama & FreeBuds Pro 3...

    HUAWEI telah memperkenalkan varian baru bagi rangkaian siri HUAWEI Pura 70 yang merupakan juara DXOMARK terkini dengan pilihan 16GB + 1TB yang...

    LHDN buka akses Portal Mylnvois untuk pengeluaran dan penghantaran e-Invois

    Portal Mylnvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini boleh diakses untuk pengeluaran dan penghantaran e-Invois. Dalam kenyataannya, LHDN menyatakan bahawa ketersediaan portal...

    Samsung Wallet tingkatkan sokongan Samsung Wallet di Perancis bermula musim panas ini

    Samsung Electronics Co., Ltd telah mengumumkan pengalaman Samsung Wallet yang dipertingkatkan untuk penduduk Perancis dan pelancong di Perancis, bermula musim panas ini....

    Pengguna Android kini boleh akses Gemini AI melalui aplikasi Google Messages

    Gemini AI oleh Google kini diintegrasikan ke dalam aplikasi Messages secara lalai di Android, membolehkan pengguna berinteraksi terus dengan chatbot dari dalam...

    OPPO A3 Pro 5G kini tersedia di CelcomDigi sebelum pelancaran rasmi, pakej serendah RM199/...

    Telefon pintar terbaru dalam siri A, OPPO A3 Pro 5G, kini tersedia di CelcomDigi sebelum pelancaran rasminya, memberikan peluang kepada pengguna untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X