More

    Pendaftaran PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2023 dibuka sekarang!

    Tencent Games iaitu pembangun permainan video bakal menganjurkan pertandingan PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2023 yang akan berlangsung pada 25 November hingga 31 Disember 2023. Ini merupakan kali ke-5 PMNC dianjurkan dan Yoodo juga merupakan rakan penaja telekomunikasi digital rasmi bagi PMNC 2023.

    PMNC 2023 akan bermula dari fasa peringkat kelayakan terbuka yang akan diadakan selama 2 hari sebelum meneruskan ke fasa utama iaitu Peringkat Kumpulan “Group Stage” dan Peringkat Akhir “Grand Finals”. Peringkat kelayakan terbuka “Open Qualifiers” akan diadakan pada 25 November. Peringkat ini bakal disertai oleh semua pasukan dari serata Malaysia.

    Hanya 64 buah pasukan yang akan layak untuk mara ke peringkat kelayakan terbuka seterusnya iaitu pada 2hb Disember 2023. 16 pasukan yang layak termasuk pasukan jemputan PMPL Malaysia Fall bakal bertembung di dalam peringkat kumpulan PMNC 2023 dari 16 sehingga 17 Disember 2023 bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir “Grand Finals”.

    8 pasukan daripada setiap kumpulan bagi peringkat “Group Stage” akan mara ke Peringkat Akhir “Grand Finals” PMNC 2023 yang akan berlangsung selama 2 hari pada 30 dan 31 Disember 2023. Setiap peringkat pertandingan bermula daripada peringkat kelayakan terbuka sehingga ke peringkat akhir, ianya bakal dijalankan secara atas talian.

    Tujuan utama PMNC 2023 diadakan juga adalah untuk mencari pasukan yang terbaik di dalam negara. PMNC 2023 juga adalah jalan utama bagi setiap pasukan yang ingin melayakkan diri ke peringkat kejohanan 2024 PUBG MOBILE e-sukan. Bagi yang berminat menyertai Peringkat kelayakan terbuka Malaysia PMNC 2023, anda boleh daftar di sini.

    Pertandingan akan berlangsung pada 25 November 2023 dan 2 Disember 2023 bagi peringkat kelayakan terbuka, 16-17 Disember bagi peringkat kumpulan serta 30-31 Disember bagi peringkat akhir. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...