Hari ini, TGV Cinemas telah merasmikan sebuah lagi pawagam di TGV Pavilion Bukit Jalil. Ia dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk serta setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital. TGV Cinemas juga bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan “City of Play” terbesar dengan keluasan 2,041 kaki persegi.
TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology. Teknologi ini menawarkan pengalaman tontonan filem yang lebih realistik, kualiti gambar yang lebih cerah dengan kontras warna yang lebih dalam.

Penonton juga boleh bersantai di ruang rehat sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam. Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge serta dua dewan Beanie. Untuk merasai pengalaman IMAX, anda boleh memilih untuk menonton filem Marvel Studios ‘The Marvels’ dari 9 November 2023 ini.
Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






