More

    TikTok lancarkan ciri menyimpan lagu kegemaran terus ke aplikasi strim muzik

    TikTok bekerjasama dengan perkhidmatan strim muzik seperti Spotify, Amazon Music dan Apple Music untuk memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna menyimpan lagu terus ke aplikasi strim muzik pilihan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar dalam video TikTok.

    Buat sementara ini, pengguna Spotify dan Amazon Music di Amerika Syarikat dan United Kingdom, boleh menyimpan lagu ke dalam senarai main mereka, dengan Spotify membenarkan pengguna mengakses ciri tersebut melalui senarai main “Liked Songs“. Fungsi ini memerlukan kemas kini versi terkini untuk aplikasi TikTok dan aplikasi strim muzik pengguna.

    Ciri “Add to Music App” muncul sebagai butang “Add Song” di sebelah nama lagu di bahagian bawah video TikTok di For You Feed. Pengguna boleh menetapkan perkhidmatan muzik lalai pilihan mereka semasa interaksi pertama mereka dengan ciri tersebut. Spotify mencatat bahawa ciri ini akan berkembang ke lebih banyak pasaran seiring waktu, dan ia akan disediakan pada versi iOS dan Android.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured