More

    YouTube sedang bangunkan fungsi AI yang boleh jana muzik

    Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi semakin penting dalam semua industri pada waktu ini, terutamanya dengan perkhidmatan seperti ChatGPT yang boleh merangka teks dan DALL-E yang boleh mencipta seni daripada beberapa patah perkataan (word prompts) sahaja. Kini, YouTube mengumumkan beberapa fungsi baharu yang membenarkan AI untuk menjana muzik.

    Fungsi pertama ialah Dream Track yang membenarkan pengguna untuk mencipta muzik berdasarkan AI yang akan berlangsung selama 30 saat. Pengguna hanya perlu menaipkan idea mereka sebagai arahan (prompt) kepada AI, kemudian Dream Track akan menghasilkan sebuah lagu berdurasi 30 saat dengan suara penyanyi terpilih.

    Buat masa ini Dream Team boleh menghasilkan lagu dengan suara daripada sembilan penyanyi popular iaitu Alec Benjamin, Charlie Puth, Charli XCX, Demi Lovato, John Legend, Papoose, Sia, T-Pain dan Troye Sivan. Perlu diingati bahawa lagu yang dibuat dalam Dream Team hanya boleh digunakan dalam video pendek YouTube Shorts sahaja.

    YouTube juga sedang membangunkan Music AI Tools yang boleh menjana muzik secara automatik daripada suara pengguna. Jika anda menyanyikan irama atau rentak lagu dengan mulut, Music AI Tools boleh menterjemahkan irama tersebut kepada bunyi daripada instrumen muzik. Pastinya ini adalah alat yang sangat menarik jika anda ingin mencipta lagu sendiri tanpa perlu mempelajari kemahiran bermain instrumen.

    Fungsi-fungsi baharu ini diumumkan beberapa hari selepas YouTube menyatakan komitmennya untuk mengawal kandungan yang dijana menggunakan AI. Syarikat itu telah menghasilkan fungsi Dream Screen bagi mengesan sebarang kandungan video atau muzik dalam YouTube yang sebenarnya dijana daripada AI.

    Jika mereka mengesan sebarang kandungan yang dijana daripada AI, YouTube akan menyatakannya kepada penonton supaya mereka menyedari situasi tersebut. YouTube juga akan memadamkan kandungan AI secara automatik jika ia melanggari Garis Panduan Komuniti mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured