fbpx
More

    HONOR Malaysia tawarkan cabutan bertuah bernilai lebih RM66,000!

    HONOR Malaysia menghargai peserta tempahan awal HONOR X9b 5G dengan menyusun cabutan bertuah bernilai lebih RM66,000. Pemenang cabutan bertuah termasuk 20 peserta yang menerima pulangan tunai PIN tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM1,500, sementara 100 peserta lain mendapat pulangan tunai RM100. Selain itu, 999 peserta lain mendapat tiket percuma untuk menonton filem aksi “War On Terror: KL Anarki”.

    Pemenang cabutan bertuah telah diumumkan di laman Facebook HONOR Malaysia dan senarai pemenang boleh diperiksa di laman web rasmi HONOR di sini. HONOR Malaysia akan menghubungi pemenang dan menghantar pulangan tunai dan kod penebusan tiket melalui emel pada 27 November 2023.

    HONOR X9b 5G telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak pelancaran awal bulan ini, dikenali atas rekaan skrin canggih, ketahanan jatuh, dan harga yang berpatutan. Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dan dilengkapi bateri 5800mAh, peranti ini dijual pada harga RM1,499 dan turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM759, termasuk Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan HONOR CHOICE Earbuds X5.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Watch Fit 3 dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 1.82″, pelbagai fungsi kesihatan dan...

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar yang terbaru iaitu HUAWEI Watch Fit 3. Ia merupakan peranti boleh pakai...

    Warna baharu diperkenalkan pada HUAWEI FreeClip & WATCH GT 4 tanpa kenaikan harga

    HUAWEI Malaysia telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles stereo tulen (TWS) yang unik iaitu HUAWEI FreeClip dan HUAWEI WATCH GT 4 pada tahun...

    HUAWEI MateBook X Pro rasmi di Malaysia: Intel Core Ultra 9 & skrin OLED...

    HUAWEI baru sahaja melancarkan komputer riba nipis mereka iaitu HUAWEI MateBook X Pro untuk pasaran Malaysia. Tawaran menarik ini menjemput rakyat Malaysia...

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada April 2024: Telefon “Flip” dan “mid-range” baharu!

    Meskipun kita sibuk dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April lalu, itu tidak bermaksud industri telefon pintar tempatan...

    Ujian kelajuan rangkaian lanjutan 5G oleh DNB, ZTE, TM tersenarai dalam Malaysia Book of...

    Pada Oktober 2023, tiga syarikat teknologi telekomunikasi menjalankan ujian rangkaian 5G-Lanjutan menggunakan teknologi mmWave yang menunjukkan kelajuan pemindahan data sepantas 28Gbps oleh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X