More

    Ekstremis AS guna Facebook untuk mengapi-apikan Perang Saudara ke-2 sewaktu wabak COVID-19

    Laporan daripada Tech Transparency Project mengatakan golongan ekstremis berhaluan kanan (far-right) di Amerika Syarikat (AS) semakin kerap menggunakan Facebook untuk mencetuskan Perang Saudara kedua sewaktu negara tersebut dijejaskan oleh penularan wabak COVID-19.

    Lebih 60% daripada jumlah kumpulan dalam Facebook yang membangkitkan idea-idea ini telah diciptakan dalam tempoh tiga bulan lepas, selari dengan waktu pelaksanaan kuarantin di negeri-negeri AS. Dalam masa 30 hari sahaja, kumpulan-kumpulan Facebook ini berjaya menarik puluhan ribu ahli.

    Dalam kumpulan-kumpulan Facebook ini, para ahli mencadangkan pelbagai topik berkaitan taktik peperangan jika sebuah peperangan tercetus. Mereka juga menganggap seruan Presiden Donald Trump untuk “memerdekakan” (“liberate”) beberapa negeri merupakan sebuah arahan untuk memulakan provokasi.

    Mereka menggunakan istilah “boogaloo” bagi merujuk kepada Perang Saudara yang mungkin akan berlaku. Setakat ini, Facebook masih belum mengambil apa-apa tindakan untuk membendung kegiatan bahaya ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured