More

    Siri HONOR 100 dilancar dengan kamera peringkat SLR, bermula ~RM1,640

    Terkini, HONOR telah mengumumkan siri HONOR 100 yang terdiri daripada dua model iaitu HONOR 100 sebagai telefon Snapdragon 7 Gen 3 pertama di dunia dan HONOR 100 Pro yang menampilkan cipset Snapdragon 8. Walaupun kedua-dua model menampilkan paparan OLED melengkung tetapi sistem kamera swafoto berbeza.

    HONOR 100 standard hadir dengan satu lubang tebuk manakala varian Pro mempunyai potongan berbentuk pil untuk memuatkan sistem dwi kamera swafoto. HONOR 100 mempunyai panel OLED 6.7 inci manakala Honor 100 Pro mempunyai skrin OLED 6.78 inci. Kedua-dua paparan menawarkan resolusi 1.5K, kadar penyegaran 120Hz, peredupan PWM 3840Hz dan kecerahan puncak 2,600 nits.

    HONOR 100 mempunyai cipset Snapdragon 7 Gen 3, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 dan bateri 5,000mAh yang menawarkan pengecasan 100W. Sebaliknya, HONOR 100 Pro mempunyai cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5x, storan UFS 4.0, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 100W dan pengecasan wayarles 66W.

    Siri ini juga menawarkan ciri lain seperti dwi SIM, 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, GPS, NFC, blaster IR dan port USB-C. Kedua-dua telefon juga dilengkapi dengan cip peningkatan frekuensi radio yang dibangunkan sendiri oleh HONOR yang dipanggil C1.

    Siri HONOR 100 memberikan penekanan yang kuat kepada vlogging. Model standard disesuaikan untuk keupayaan vlogging dengan kamera hadapan 50MP. Manakala HONOR 100 Pro meningkatkannya dengan menampilkan dwi kamera swafoto yang menampilkan lensa Sony IMX816 50MP dengan sokongan autofokus.

    Sistem kamera belakang HONOR 100 dan 100 Pro menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX906 OIS bersama-sama dengan lensa ultra lebar 12MP. Model Pro juga mendapat kamera telefoto 32MP yang menyokong zum optik sehingga 2.5x. HONOR mendakwa siri Honor 100 boleh menawarkan pengalaman fotografi peringkat SLR.

    Kedua-dua telefon pintar datang dalam warna, seperti Glass Black, Moon Shadow White, Monet Purple dan Butterfly Blue. HONOR 100 tiba dengan tiga pilihan iaitu 12/256 GB berharga 2,499 Yuan (~RM1,640), 16/256GB berharga 2,799 Yuan (~RM1,837) dan 16/512GB berharga 2,999 Yuan (~RM1,970).

    HONOR 100 Pro pula hadir dalam varian 12/256GB berharga 3,399 Yuan (~RM2,232), 16/256GB berharga 3,699 Yuan (~RM2,429), 16/512GB berharga 3,999 Yuan (~RM2,625) dan 16/1TB berharga 4,399 Yuan (~RM2,888).

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...