More

    Siri iPhone 12 bakal hadir September ini dengan anggaran harga bermula ~RM2615

    Di sebalik penangguhan pelancaran beberapa produk Apple seperti iPhone SE Plus, Apple tetap bakal melancarkan siri iPhone 12 yang dijangka berlaku pada September ini. Terkini, sumber telah melaporkan jangkaan harga yang agak menarik untuk siri iPhone 12.

    Seorang penganalisis industri teknologi telah melaporkan melalui The Elec tentang jangkaan harga tersebut. iPhone 12 dikatakan bakal memiliki harga yang lebih murah berbanding iPhone 11 walaupun ianya dihuni skrin OLED 5.4-inci. Lapornya lagi, skrin OLED untuk iPhone 12 dicipta oleh syarikat BOE, menyertai syarikat lain yang membekal skrin OLED seperti Samsung dan LG. Dianggarkan harganya ialah di antara $600 (~RM2,615) hingga $700 (~RM3,051). iPhone 12 dengan skrin OLED 6.1-inci pula dianggarkan berharga $750 (~RM3,269).

    Selain itu, dua lagi varian iPhone 12 adalah iPhone 12 Pro dengan skrin OLED 6.1-inci berharga $999 (~RM4,354) dan iPhone 12 Pro Max dengan skrin OLED 6.7-inci berharga $1099 (~RM4,790). Varian-varian ini menjumlahkan empat varian iPhone 12 kesemuanya yang turut menyokong rangkaian 5G. Untuk melihat khabar angin spesifikasi iPhone 12, klik pada pautan ini.

    Sumber: Twitter @jon_prosser

    Apa pun, semua ini hanyalah berita khabar angin yang semestinya bukan berita rasmi daripada Apple. Dengan mengambil kira jangkaan harga ini, adakah anda bakal memiliki salah satu varian siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR | EveryApplePro

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured