More

    Anda kini boleh bermain “game” dalam aplikasi YouTube dengan fungsi Playables

    YouTube telah melancarkan sebuah ciri baharu untuk para pelanggan YouTube Premium iaitu Playables, di mana ia membenarkan mereka untuk bermain game dalam aplikasi YouTube atau pelayar web.

    Playables adalah sebuah seksyen khas dalam laman web YouTube dan aplikasi YouTube yang menawarkan 37 game ringkas termasuk Angry Birds Showdown. Beberapa pengguna YouTube Premium sudah menerima notifikasi berkenaan ciri baharu ini dan mereka boleh mengaktifkannya dalam Tetapan aplikasi.

    Untuk bermain game Playables, pengguna tidak perlu memuat turun sebarang fail dan sebaliknya ia boleh dimainkan secara terus dalam pelayar web atau aplikasi YouTube.

    Buat masa ini, Playables masih lagi dalam fasa pengujian dan ia akan ditawarkan sehingga 28 Mac 2024. Setakat ini masih tidak diketahui jika ia akan terus ditawarkan selepas tarikh tersebut, atau sama ada ia akan turut ditawarkan kepada mereka yang tidak membeli langganan Premium.

    Penulis juga merupakan pelanggan YouTube Premium, namun setakat ini masih belum menerima kemas kini untuk ciri Playables. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan YouTube Playables dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Droid-Life

     

    Artikel Terkini

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured