fbpx
More

    Redmi Watch 4 & Buds 5 Pro dilancar: 150 mod sukan dan ANC 53dB berharga ~RM329

    Redmi memperkenalkan produk terbarunya dalam satu acara pelancaran siri Redmi K70 di China bersama jam tangan pintar Redmi Watch 4 dan Redmi Buds 5 Pro.

    Redmi Watch 4 membawa skrin AMOLED 1.96 inci dengan resolusi 390 x 450px, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak hingga 600 nits. Dengan penutup aloi aluminium, ini adalah Redmi Watch pertama dengan kalis air 5ATM dan menawarkan kemampuan penjejakan kesihatan termasuk kadar jantung, oksigen darah, tidur dan penjejakan tekanan bersama dengan lebih daripada 150 mod sukan.

    Peranti ini menggunakan pada HyperOS Xiaomi dan dilengkapi bateri 470mAh, memberikan sehingga 10 hari penggunaan dengan paparan sentiasa hidup (Always-On Display) dan penjejakan kesihatan diaktifkan.

    Kemudian, fon telinga Redmi Buds 5 Pro menampilkan reka bentuk dalam telinga tradisional dengan pemacu dinamik, termasuk tweeter dilapik seramik 10mm dan woofer dikemaskan dengan titanium 11mm. Sokongan audio Hi-Res LHDC 5.0 dan pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation/ ANC) yang dapat mengurangkan sehingga 52dB disediakan.

    Fon telinga ini mempunyai sambungan Bluetooth 5.3 dan terdapat versi e-Sukan khas dengan port USB-C 2.4GHz untuk kependaman lebih rendah (20ms). Jangka hayat bateri dinilai bertahan sehingga 38 jam dengan bekas pengecas, 6.5 jam dalam mod ANC dan 10 jam tanpa ANC.

    Redmi Watch 4 berharga CNY 500 (~RM329) manakala Redmi Buds 5 Pro hadir dalam warna hitam, putih, biru dan hitam/oren dijual pada harga yang sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi China 1/ 2

     

    Artikel Terkini

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X