More

    Gambar reka bentuk Huawei P40 dan P40 Pro terbongkar: Mungkin tiada bicu audio 3.5mm kesukaan ramai

    Setelah pengumuman kemunculan peranti Huawei P40 dan P40 Pro pada tahun 2020 dibuat beberapa hari lepas, kini gambar yang memaparkan reka bentuk peranti tersebut muncul di internet. Walau bagaimanapun, reka bentuk tersebut masih sebahagian dari khabar angin, bukanlah kebenaran yang rasmi.

    Terdahulu, sudah kita ketahui reka bentuk kameranya mungkin berbentuk segi empat tepat. Sekali lagi, @OnLeaks turut mengiyakan reka bentuk kamera ini dengan memuat naik gambar khabar angin reka bentuk Huawei P40.

    Memetik dari 91mobiles, panel belakang peranti Huawei P40 dilitupi lapisan kaca bersama paparan penuh fascia dan modul 4 sensor kamera. @OnLeaks turut menyatakan tentang sisi lengkung yang mengelilingi bahagian tepi peranti hadir bersama bingkai logam. Jika khabar angin ini benar, reka bentuk Huawei P40 agak kelihatan kemas.

    Kedua-dua peranti dikatakan menyokong port USB Type-C yang berada di bahagian atas peranti bersama gril pembesar suara dan dulang kad SIM. Butang kelantangan bunyi berada di bahagian kanan peranti seperti biasa. Tertanya-tanya di mana posisi bicu yang sering ditunggu ramai? Menurut Android Authority, jawapannya kemungkinan tiada bicu audio 3.5mm. Walau bagaimanapun, khabar ini masih tidak pasti dan Huawei P30 masih mempunyai bicu audio ini.

    Walau bagaimanapun, masih tiada khabar angin tentang kamera hadapan sama ada memiliki skrin berlubang atau takuk. Apa yang pasti, bukan kamera selfie pop-up.

    Sepintas lalu, 91mobiles memberi ringkasan tentang khabar angin ciri kedua-dua peranti Huawei P40 dan P40 Pro. Siri Huawei P40 Pro mungkin hadir dengan bateri 5500 mAh bersama pengecas pantas 50W. CEO Huawei ada menyatakan tentang kepastian bahawa peranti tersebut akan dikuasai Android 10. Tambahan lagi, dengan paparan waterfall OLED Quad HD+ 6.5 inci bersama kadar segar semula 120Hz, prestasi peranti ini mungkin agak hebat.

    Menyentuh aspek kamera, Huawei P40 Pro mungkin memiliki kamera penta Leica dengan dengan sensor utama 64MP Sony IMX686. Apa pun, peranti Huawei P30 dan Huawei P30 Pro masih hangat di pasaran. Bandingkan harga dan ciri disini.

    Agak menarik bukan? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi selanjutnya.

    "
    "

    Sumber: Android Authority | 91mobiles | @OnLeaks

    Sumber gambar: @OnLeaks

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...