More

    HONOR X7b rasmi dengan kamera utama 108MP dan bateri 6,000mAh, bermula ~RM1163

    HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu HONOR X7b untuk pasaran global. Menampilkan beberapa spesifikasi kompetitif pada titik harga yang berpatutan, HONOR X7b dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 hadir dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB.

    Terdapat juga pilihan storan 128GB atau 256GB dan baterinya berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 35W melalui port USB-C. Daripada segi paparan, ia menggunakan LCD 6.8 inci dengan kadar segar semula 90Hz beresolusi FHD dan pensijilan TUV Rheinland.

    Terdapat juga potongan di bahagian tengah atas untuk kamera swafoto 8MP manakala bahagian belakangnya dilengkapi dengan kamera utama 108MP, ultra-lebar 5MP dan makro 2MP. Spesifikasi penting lain termasuk MagicOS 7.2 berdasarkan Android 13 dan slot kad mikroSD. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Flowing Silver, Emerald Green atau Midnight Black.

    Harga berbeza mengikut pasaran dengan harga permulaan disebut-sebut pada USD249 atau (~RM1163). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured