More

    ASUS AiO A5 dan AiO M3 dilancar di Malaysia: Komputer semua-dalam-satu dengan skrin 23.8″ bermula RM2,599

    ASUS Malaysia telah melancarkan dua buah komputer desktop baharu iaitu ASUS AiO A5 dan ASUS AiO M3. Dua komputer ini merupakan sebuah komputer lengkap di mana semua komponennya berada di belakang skrin, jadi ia tidak akan mengambil ruang yang banyak dalam rumah atau pejabat anda.

    Kedua-dua komputer dilengkapi skrin NanoEdge berukuran 23.8 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080), nisbah skrin-ke badan sebanyak 89 peratus serta gamut warna sRGB 100 peratus untuk warna yang lebih terang dan realistik. Sebuah kamera webcam 1080p turut berada di atas skrin untuk panggilan video, ia boleh ditutup dengan sekeping shutter privasi.

    ASUS AiO A5
    ASUS AiO M3

    Perbezaan ketara di antara kedua-dua varian adalah daripada segi pemproses, di mana ASUS AiO A5 mempunyai Intel Core i5-1340P manakala ASUS AiO M3 mempunyai AMD Ryzen 3 7320U.

    Untuk AiO A5, kapasiti memori yang ditawarkan adalah sehingga 32GB untuk RAM dan sehingga 2TB untuk storan SSD PCIe 4.0 NVMe. Sementara itu, AiO M3 pula dilengkapkan dengan RAM sehingga 16GB dan SSD sehingga 1TB.

    Ia turut mempunyai pembesar suara stereo dalaman dengan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang jelas. Sewaktu membuat panggilan telefon atau video pula, komputer ini mempunyai mikrofon dalaman yang menawarkan fungsi pembatalan hingar berdasarkan AI supaya suara anda boleh dirakam dengan lebih jelas.

    Port I/O yang ditawarkan termasuklah USB-C, USB-A, Thunderbolt 4, HDMI, bicu audio 3.5mm, pengimbas kad memori SD dan ethernet RJ45. Kedua-dua komputer datang dengan jaminan selama tiga tahun.

    Sewaktu membeli, anda juga boleh pilih untuk sertakan tetikus dan papan kekunci dalam kotak komputer ini. Berikut adalah harga untuk kedua-dua produk:

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai dua komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured