fbpx
More

    Jangan terlepas! eMadani RM100 dan tawaran lain menanti di MAE, TnG eWallet, ShopeePay & Setel

    Program eMadani telah bermula hari ini dan jika anda terlepas, terdapat empat platform yang akan memberikan kredit RM100 percuma iaitu Maybank MAE, ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet dan Setel. Seperti sebelum ini, terdapat perbezaan di antara setiap platform dan jika anda tidak pasti yang mana untuk dituntut, berikut adalah penerangan tentang apa yang anda boleh dapat daripada setiap platform.

    Touch ‘n Go eWallet

    TnG akan menawarkan 1000 mata GOrewards di atas kredit RM100. Selain itu, terdapat juga baucar percuma bernilai lebih RM500 yang boleh digunakan untuk pelbagai jenama seperti yang boleh dilihat dalam tangkapan skrin di bawah.

    ShopeePay

    Shopee menawarkan kredit RM100 + baucar tambahan RM600 jika anda menuntutnya di ShopeePay. Dari halaman promosi, RM600 baucar termasuk sehingga RM365 penghantaran percuma, ganjaran koin dan lain-lain, SPayLater sehingga RM50, ShopeeFood sehingga RM155 dan insurans kereta sehingga RM30.

    Setel

    Bagi pengguna Setel, tawaran-tawaran juga tidak begitu teruk. Selain daripada kredit RM100, syarikat ini akan mengeluarkan sehingga RM80 tambahan ganjaran tunai dan baucar eksklusif. Pengguna yang mendaftar untuk program eMadani Setel juga akan menikmati sehingga 3x mata Mesra untuk petrol, kedai mesra dan Deliver2Me, tempat letak kereta dengan 50% ganjaran tunai, pembaharuan cukai jalan dengan 3% ganjaran tunai, insurans kenderaan sehingga RM300, RM20 ganjaran tunai untuk penggantian bateri dan lain-lain. Beberapa promosi akan berakhir pada 31 Disember 2023 seperti yang dinyatakan dalam tangkapan skrin.

    Aplikasi MAE Maybank

    Bank ini hanya memberikan kredit RM100 tanpa sebarang syarat tambahan. Buat masa sekarang, pengguna Maybank mengalami kesukaran untuk menebus RM100 mungkin kerana perminataan yang terlalu tinggi.

    Kami menjangkakan pelayan akan mengalami sedikit masalah pada hari ini jadi tetapi anda tidak perlu risau kerana anda masih mempunyai masa sehingga bulan Februari 2024 untuk menebusnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X