More

    Spesifikasi stilus S-Pen dalam Samsung Galaxy S24 Ultra tertiris, tidak banyak beza dengan S23 Ultra

    Dengan tahun 2023 yang semakin berakhir, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai siri telefon pintar andalan (flagship) yang seterusnya oleh Samsung iaitu Samsung Galaxy S24 kerana syarikat teknologi Korea Selatan itu sering melancarkan telefon Galaxy S pada awal tahun.

    Maklumat terbaru adalah untuk varian yang paling canggih, Samsung Galaxy S24 Ultra, di mana spesifikasi dan reka bentuk stilusnya telah tertiris melalui pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat. Stilus tersebut mempunyai nombor model EJ-PS928 dan ia mempunyai rekaan yang serupa dengan stilus pada Galaxy S23 Ultra sebelum ini.

    Dimensi S Pen untuk Galaxy S24 Ultra
    Pengiktirafan oleh FCC

    Stilus S Pen ini masih mempunyai butang kecil di bahagian sisi dan butang utama di hujung pen. Ia akan mempunyai panjang 104.64mm, lebih pendek sedikit berbanding S Pen dalam Galaxy S23 Ultra yang mempunyai panjang 105.08mm. Selain itu, ia boleh dihubungkan dalam jurang frekuensi 2,402MHz hingga 2,480MHz.

    Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan untuk siri Galaxy S24 adalah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 serta sokongan untuk hubungan satelit yang boleh digunakan dalam situasi kecemasan. Spesifikasi yang dikhabarkan termasuklah skrin AMOLED 6.8 inci 120Hz, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 45W, kamera utama 200MP, kamera telefoto 10MP, kamera telefoto periskop 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP.

    Selain itu, rekaannya juga dijangka tidak banyak berubah daripada Galaxy S23 Ultra sebelum ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S24 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured