More

    Shell akan sediakan stesen pengecas 360kW untuk kenderaan elektrik di Genting Highlands

    Shell Recharge akan membina sebuah hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) di pusat peranginan Genting Highlands bagi memudahkan para pelawat untuk memastikan EV mereka mempunyai pengecasan yang cukup sepanjang berada di bukit tersebut.

    Hab pengecasan ini terdiri daripada sepuluh ruang pengecas (charging bays) yang menyediakan pengecasan prestasi tinggi (HPC) 360kWh untuk memberikan pengecasan terpantas buat pelbagai jenis EV. Ia dibina dengan kerjasama Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad serta bakal menjadi sebahagian daripada 136 rangkaian pengecasan EV Shell Recharge dalam Singapura, Semenanjung Malaysia dan Thailand.

    Wakil Porsche Malaysia berkata pengecas 360kWh itu boleh mengecas EV Porsche Taycan daripada 5% kepada 80% dalam masa 20 minit sahaja. Buat masa ini, Porsche Taycan adalah satu-satunya EV Porsche yang ditawarkan dalam Malaysia dan syarikat automotif Jerman itu merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model EV di sini.

    Majlis tandatangan untuk kerjasama antara Shell Malaysia, Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad

    Daripada sepuluh ruang pengecas yang akan disediakan, empat ruang bakal dilengkapi pengecas 360kWh manakala enam lagi ruang bakal dilengkapi pengecas 22kW AC. Semua pengecas datang dengan penghubung CCS Type 2 untuk membenarkan kelajuan pengecasan yang tinggi.

    Di samping itu, Shell Recharge juga akan memperkenalkan mekanisme harga baharu berdasarkan kadar kilowatt-hour (kWh) di stesen pengecas seluruh negara. Mekanisme harga baharu ini sudah diperkenalkan sejak 1 November untuk pengecas AC manakala pengecas DC pula akan mengenakan mekanisme ini bermula 15 Disember.

    Pengguna boleh menempah ruang pengecas terlebih dahulu dalam aplikasi Shell ParkEasy. Layari laman web Shell Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan pengecas EV Shell Recharge.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured