More

    Lebih 7 juta rakyat Malaysia telah memohon kredit RM100 eMADANI

    Dengan pelancaran program eMADANI semalam (4 Disember 2023), Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa lebih 7 juta rakyat Malaysia telah memohon kredit RM100 di seluruh platform seperti MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay dan Setel.

    Angka itu disahkan pada 5 petang semalam di akaun Facebook rasmi kerajaan. Kiriman Facebook tersebut turut menyatakan masalah teknikal yang dihadapi ketika pembukaan awal pendaftaran eMADANI. Disebabkan oleh angka pendaftaran yang tinggi, ia membuatkan pelayan (server) perlahan dan dijangkakan tapak web tersebut kembali normal sekarang.

    Jika anda masih belum menuntut eMADANI, permohonan masih dibuka sehingga 20 Februari 2024. Beberapa pemohon yang layak telah menerima kredit RM100. Bagi yang masih menunggu, kerajaan memberitahu bahawa ia akan mengambil masa 1 hingga 5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan.

    Anda juga boleh melalui proses pengesahan ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) semasa pendaftaran. Jika anda belum membuat keputusan mengenai platform mana anda perlu menebus kredit RM100, anda boleh menyemak panduan ringkas kami di sini mengenai semua tawaran dan perbandingan platform. Anda boleh layari laman rasmi eMADANI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured