More

    Grab Malaysia lancar Kempen #BantuanBanjir 3.0 dengan kerjasama MERCY Malaysia

    Grab Malaysia melancarkan siri ketiga inisiatif #BantuanBanjir dengan kerjasama MERCY Malaysia untuk mengumpulkan dana bagi membantu usaha bantuan banjir. Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Grab akan menyumbang RM200,000 dan membolehkan pengguna Grab menyumbang dengan mudah.

    Ia termasuk menukar GrabRewards mereka kepada sumbangan terus kepada MERCY atau melalui pesanan GrabFood di mana Mastercard akan menyumbang 1% daripada nilai pesanan ke dalam dana bantuan banjir. Sehingga 27 November 2023, keadaan banjir yang berterusan telah menjejaskan tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan sesetengah bahagian di Selangor.

    Seramai lebih 883 orang individu daripada 254 buah keluarga kesembilan buah pusat pemindahan. Berikut adalah maklumat lengkap strategi Grab untuk misi #BantuanBanjir:

    • Grab akan memadankan sumbangan GrabRewards dari para pengguna – Pengguna akan diberi pilihan untuk menderma GrabRewards kepada MERCY Malaysia. Grab kemudiannya akan memadankan jumlah yang didermakan melalui GrabRewards dan menyalurkannya kepada tujuan yang berkaitan. 
    • Kerjasama GrabFood dengan Mastercard – Untuk pesanan di GrabFood yang dibayar dengan Mastercard, Mastercard akan menyumbang 1% daripada nilai pesanan GrabFood kepada dana bantuan banjir MERCY Malaysia untuk pesanan berjumlah RM30 dan ke atas
    • Grab akan menyumbang lebih daripada RM200,000 melalui Dana ‘GrabForGood’ untuk menyediakan sokongan bantuan kewangan kepada mangsa. Ini adalah tambahan kepada jumlah yang akan disumbangkan oleh Grab untuk menyamakan jumlah GrabRewards yang disumbangkan oleh pengguna Grab.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured